Cinta

Kisah cinta dua insan yang bergelar manusia . Setiap orang , pasti akan merasakan hal yang sama . Tidak kira tua , muda , kaya atau miskin , cantik atau hodoh , itu semua bukan halangan bagi orang yang sedang bercinta . Alangkah indah kalau dunia meraka yang punya. Lautan api sanggup direnangi . Gunung setinggi mana pun sanggup didaki demi menegakkan cinta yang telah dibina. Tetapi datangnya orang ketiga membuatkan hubungan menjadi kacau bilau. Datangnya orang ketiga juga membuatkan wanita menangis tidak henti . Maka bergaduhlah pasangan in i. Lelaki cuba menegakkan keadilannya tanpa memikirkan perasaan wanita . Semua yang telah bina selama ini hanya sia-sia sahaja. Wanita menangis, menangis dan terus menangis . Di kotak fikiran hanya mengingati saat-saat indah bersama lelaki . Tetapi lelaki? Bersuka ria bersama kekasih barunya . Apa semua ini ? Wanita teringat saat lelaki sedang melamarnya suatu ketika dahulu . Romantis suasana yang sangat hangat , di temani bunyi air sungai yang deras. Semua itu hanya kenangan semata-mata . Lalu wanita membuat keputusan untuk mencuba melupakan lelaki . Wanita membuat temu janji bersama teman lamanya di sebuah tempat yang dulunya tempat wanita selalu berjumpa lelaki . Wanita bercerita segala masalahnya kepada teman lamanya . Teman lamanya setia masalah wanita . Di sebabkan mata, mereka telah di lamun cinta. Pada suatu hari , sedang asyik lelaki berjalan di tempat dulunya selalu berjumpa wanita , lelaki terserempak dengan wanita yang sedang bergelak ketawa bersama teman lamanya yang sudah pun bergelar kekasihnya. Lelaki membuat keputusan untuk pergi bertemu wanita . Wanita tersentap lalu memberhentikan bual bicaranya bersama kekasih barunya itu . Lelaki tanpa rasa belas kasihan , menumbuk kekasih wanita . Wanita pantas mendapatkan kekasihnya lalu memarahi lelaki . Lelaki meninggikan suara lalu menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kekasih wanita kerana telah merampas wanita dari lelak i. Wanita menangis teresak-esak lalu berkata ' Kau dah hancurkan hati aku , kau dah buat aku menangis fikirkan kau sepanjang malam , kau dah runtuhkan segala yang kita bina. Kenapa kau masih mencari aku ? Mana pergi kekasih baru kau ? Kenapa kau nak kacau hidup aku lag i. Pergi kau ! Aku tak mahu melihat muka kau lagi !'